Panasnya Hari Ini

Ahli Pas Tidak sertai Himpunan Baju Merah- Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan penyertaan parti PAS dalam perhimpunan Baju Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang dijangka berlangsung 16 September depan.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, beliau turut menegah ahli parti Islam tersebut untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Tambahnya lagi, Pas berpendirian bahawa himpunan itu tidak menyumbang kepada negara sebaliknya hanya bertindak menyuburkan unsur perkauman.

Ujarnya lagi, tindakan penganjuran perhimpunan itu juga akan melemahakan perpaduan yang sedia terjalin.

“Himpunan ini akan merosakkan lagi imej Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dianjur oleh orang besar UMNO, Tan Sri Mohd Ali Rustam,” katanya dalam kenyataan.

Ujar Ibrahim lagi, Pas menyatakan kekesalan berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengibarkan bendera dan lambang parti dalam cubaan mengaitkan parti itu dengan himpunan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");