Sukan Hari Ini

Resipi ‘Tinkerman’ benam Villa

London: Leicester City bangkit meledak tiga gol dalam masa 17 minit untuk menewaskan Aston Villa 3-2 dan melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Biarpun ketinggalan 0-2 tandukan berani pemain gantian Nathan Dyer tujuh minit selepas gol penyamaan Jamie Vardy di minit ke-82 membolehkan Leicester mengumpul 11 mata daripada lima perlawanan berbanding 15 mata dikutip pendahulu Manchester City mengekalkan rekod 100 peratus.

Dalam perlawanan lain Tottenham Hotspur meraih kemenangan pertama musim mengatasi Sunderland 1-0 hasil jaringan Ryan Mason.

Newcastle United akan bertandang ke West Ham United untuk perlawanan awal pagi esok.

Pengurus Leicester Claudio Ranieri memuji skuadnya selepas Villa meledak melalui jaringan Jack Grealish dan sepakan lencong menarik Carles Gil selepas sejam perlawanan.

“Ia semangat mengagumkan dan mereka mempamer karakter yang bagus,” kata Ranieri bekas pengurus Chelsea digelar Tinkerman oleh media Britain.

“Selepas ketinggalan saya memandang wajah pemain dan mereka memberi keyakinan apa saja boleh berlaku. Itu saya suka mengenai pasukan ini.” – Reuters

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");