Jenayah

Aksi sedang mandi dirakam

BANDARAYA MELAKA: Sekumpulan wanita yang sedang menggunakan bilik mandi berhampiran Pusat Akuatik Stadium Hang Jebat di Krubong, berdepan detik cemas apabila ada individu tidak bertanggungjawab didakwa mengambil gambar mereka.

Menurut sumber, kumpulan lima wanita berkenaan dikatakan sedang mandi selepas berenang di pusat akuatik berkenaan apabila salah seorang daripada mereka ternampak tangan memegang telefon bimbit merakam gambar mereka, kira-kira jam 7.45 malam Rabu lalu.

“Terkejut dengan kejadian itu, mereka menjerit menyebabkan individu berkenaan melarikan diri.

Salah seorang dari mangsa merupakan seorang wanita berusia 20 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Malim mengenai kejadian tersebut,” katanya di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, difahamkan, Timbalan Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah negeri, Datuk Ng Choon Koon telah memaklumkan mengenai kejadian berkenaan kepada Persatuan Renang Amatur Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan polis sudah menerima laporan dari wanita terbabit.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat kejadian berkenaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");