Panasnya Hari Ini

Anwar Dakwa Peguamnya Dihalang Berjumpa

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau dilarang dan tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya untuk menguruskan kes mahkamahnya yang masih belum selesai.

Beliau membuat dakwaan tersebut melalui pesanan yang disampaikan melalui peguamnya, hari ini.

Anwar turut berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melanggar hak apabila menghalang tugas peguam-peguam yang mewakilinya.

“Tindakan ini telah menafikan saya daripada berbincang dan memberi arahan mengenai kes-kes mahkamah yang mana saya terlibat dalam sejumlah 16 kes sivil dan jenayah,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Semalam,peguam Anwar, N Surendran dan Datuk Ambiga Srevanesan dilarang berjumpa dengan Anwar semalam walaupun kedua-dua mereka perlu mengambil arahan mengenai kes-kes yang melibatkan mahkamah yang akan diadakan pada 15 September dan 5 Oktober hadapan.

Kata Anwar lagi, beliau turut tidak dapat berjumpa dengan peguamnya walaupun terdapat affidavit untuk diikrarkan pada kadar segera.

Anwar turut meminta supaya semua pihak dapat menghormati undang-undang dan peguam dapat menjalankan tugas tanpa gangguan.

“Hormati undang-undang dan proses mahkamah dengan membenarkan peguam jalankan tugas dengan sempurna dan tanpa gangguan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");