Perak Hari Ini

25 Anak Muda Terpilih Sertai SLAA 2015

IPOH: Seramai 25 orang pelatih yang terdiri daripada golongan belia terpilih bagi menyertai program Skim Latihan Automatif Amanjaya (SLAA) untuk tahun ini yang merupakan kerjasama antara Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dengan 10 pengusaha-pengusaha bengkel di negeri Perak.

Ketua Pegawai Operasi YBUDR, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, melalui SLAA ini, pelatih akan diberi latihan secara langsung oleh pengusaha bengkel yang telah bersetuju menyertai skim ini sebagai mentor.

1

“Skim ini merupakan latihan kemahiran automatif jangka masa pendek selama satu tahun.

“Pelatih yang terpilih akan ditempatkan secara sepenuh masa di bengkel-bengkel automatif yang akan ditentukan oleh pihak pengurusan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) YBUDR dan Pengusaha Bengkel SLAA, hari ini di Dewan Utama YBUDR, di sini.

2

Katanya lagi, sejurus selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan dianugerahkan Sijil Tamat Kursus yang dikeluarkan oleh YBUDR mengikut tahap dan pencapaian pelatih.

“Selain itu, kerajaan Negeri Perak melalui YBUDR akan menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan sepanjang tempoh pengajian,”ujarnya.

Hairul Anwar turut berkata, sejak SLAA ini diperkenalkan pada November 2012, seramai 111 pelatih telah menyertai skim tersebut.

4

“Sudah menjadi harapan kerajaan negeri untuk menghasilkan satu kumpulan dengan usaha yang boleh melahirkan lebih ramai anak muda terlibat dalam bidang automatif.

“Pada kali ini, tahap kemahiran yang kita uruskan berada di tahap kedua. YBUDR bercadang, jika ada peluang kita ingin mengorak langkah yang lebih jauh.

“Kita akan berusaha untuk melahirkan graduan ke peringkat tiga, seterusnya hingga ke peringkat Diploma,”katanya.

3

Antara yang hadir ke majlis MoU tersebut ialah Ketua Jabatan Transformasi Minda, Mohd Khair Ahmad Ghazali dan Perunding Kanan Teknikal SLAA, Muhammad Iskandar Pathi.

Antara 10 pengusaha bengkel yang telah menandatangai program SLAA ini ialah EZS Motorspot, Aliff Auto Garage, Vision Car Care Service, Izz Jaya Enterprise, dan Up Garage Motorspot.

Selain itu, Ipoh Garage, Plankton Service, Poi Speed Auto, Belfast Fever Motorsport dan D&M Autosport turut bekerjasama dalam memeterai MoU tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");