Berita Hari Ini

Azmin beri amaran kepada PBT

GOMBAK – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi amaran kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengambil tindakan tegas menyelesaikan isu sampah haram di kawasan masing-masing.

Azmin berkata, kerajaan negeri masih berusaha mencari penyelesaian berkenaan perkara itu kerana menerima banyak aduan penduduk.

Menurutnya, PBT digesa mendapatkan kerjasama semua pihak dalam membanteras aktiviti menggunakan undang-undang kecil sedia ada.

“PBT, pejabat tanah dan wakil rakyat perlu tegas supaya isu sampah ditangani segera.

“Jika aktiviti berterusan akan menyebabkan tanah tidak boleh digunakan atau diusahakan dalam jangka masa lama yang pastinya merugikan hasil dan pendapatan negeri Selangor,” katanya selepas membuat pemeriksaan mengejut di tapak pembuangan sampah haram di Sungai Pusu dan Fasa 9 Sri Gombak, semalam.

Katanya, pemeriksaan mengejut dilakukan untuk melihat sendiri perkembangan masalah dan mengetahui tindakan yang telah diambil dan susulannya.

“Proses rampasan tanah melibatkan kawasan sini telah diambil dengan memberikan tempoh selama 21 hari kepada pemiliknya untuk membuat prosiding sewajarnya.

“Alasan pemilik tidak mengetahui aktiviti tersebut tidak boleh diterima kerana salah guna tanah telah dilakukan dalam tempoh yang lama dan bukan sesuatu yang baru sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat setempat,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga dalam usaha mengenal pasti lokasi sesuai setiap PBT untuk tapak pembuangan sampah binaan bagi memudahkan kontraktor tidak perlu ke lokasi yang jauh.

“Perkara tersebut masih dalam proses perbincangan, namun berharap kerjasama daripada kontraktor mematuhi undang-undang ditetapkan sementara perkara itu diputuskan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");