Sukan Hari Ini

‘Beri saya masa’

Kuala Lumpur: Pejabat Pesuruhjaya Sukan sudah menerima surat tunjuk sebab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam, sehari sebelum tempoh 14 hari ditetapkan tamat, dengan hukuman ke atas badan induk itu bakal diketahui dalam tempoh dua minggu.

Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman ketika mengesahkan menerima surat itu mengakui memerlukan sedikit masa bagi meneliti setiap butiran laporan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan terhadap FAM.

“Saya sudah terima surat tunjuk sebab. FAM hantar terus kepada kami tapi saya tidak tahu siapa yang menghantarnya. Mereka berjaya melakukannya mengikut masa ditetapkan.

“Bagaimanapun mengenai bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan saya perlu memperhalusi surat tunjuk sebab itu daripada pelbagai aspek dan dalam tempoh kurang daripada dua minggu, nasib FAM akan dapat ditentukan,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM bagi meminta penjelasan insiden kekecohan ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 antara Harimau Malaya dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu.

Tindakan itu susulan perbuatan segelintir penyokong Ultras Malaya yang bertindak liar dengan membaling api, suar, bom asap serta mercun ke arah padang hingga memaksa pengadil perlawanan Liu Kwok Man dari Hong Kong menghentikan permainan pada minit ke-88 atas faktor keselamatan pemain. Arab Saudi ketika itu sedang mendahului Malaysia 2-1.

Khairy menegaskan berdasarkan Seksyen 20 (1) (6) Akta Pembangunan Sukan, FAM boleh digantung sekali gus menghalang persatuan itu daripada meneruskan sebarang aktiviti bola sepak sehingga masalah selesai seperti mana dialami Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini.

“FAM bukan saja sedang menanti bentuk hukuman daripada kami, malah pada masa sama mereka juga perlu menunggu jawapan FIFA. Saya sendiri perlu mengambil kira bentuk tindakan yang diambil FIFA,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");