Membawang Hari Ini

Lufya Omar: Jangan takut untuk berubah

SELEPAS nekad membuat keputusan meninggalkan bidang nyanyian selepas berhijrah dan bertudung Februari lalu, bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam, Lufya Omar akui rezekinya dalam industri seni menerusi bidang lakonan tidak terjejas.

Percaya pada rezeki yang telah ditentukan, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar, 30, memberitahu tawaran lakonan masih menyebelahi dirinya.

“Alhamdulillah, selepas mengambil masa berehat, sekarang saya kembali aktif dalam bidang lakonan yang menawarkan watak dan jalan cerita yang bersesuaian.

“Sehingga hari saya masih mampu teruskan kehidupan dengan baik. Bagi saya, apa yang saya peroleh hari ini lebih berkat dan dan saya bahagia.

“Sebelum ini saya pernah umum berhenti dari nyanyian kerana saya masih rasa sangsi. Mudah-mudahan keputusan yang saya buat itu tepat dan saya mampu kekalkan pendirian itu,” ujarnya.

Bahagia dengan perubahan yang dikecapi, Lufya menganggap sokongan individu di sekeliling dan juga peminat sebagai kekuatan tambahan untuknya berhijrah.

“Setakat ini saya sangat bersyukur tidak pernah dilemparkan kata-kata negatif malah peminat memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus membuat perubahan.

“Dari segi perubahan saya sendiri, mungkin saya tidak boleh kongsikan kerana orang tidak faham apa yang saya lalui.

“Cuma, apa yang boleh saya katakan, perubahan ikhlas dan usaha menambahkan ilmu setiap hari mampu membuatkan kita merasai penghijrahan ini,” jelasnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");