Jenayah

Budak antara tiga maut

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan dua kenderaan di Kilometer 6 Jalan Lahad Datu- Tungku, di sini semalam.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, kanak-kanak terbabit, Azra Syuhada Rony, 2, maut bersama ibunya Heryna Badu, 20-an yang memandu kereta Proton Iswara.

Turut maut penunggang motosikal yang dikenali sebagai Ainisal.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan Honda CRV parah dalam kemalangan tersebut.

“Siasatan awal mendapati Proton Iswara yang dalam perjalanan dari pekan Lahad Datu ke Tungku terlanggar motosikal yang keluar dari simpang sebelum terbabas ke lorong sebelah dan bertembung dengan Honda CRV,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");