Berita Hari Ini

Cadang tak benar pekerja asing

KUANTAN – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bercadang untuk memohon kerjasama kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan agar tidak membenarkan pekerja asing bekerja di daerah ini sewenangnya.

Yang DiPertua MPK, Datuk Zulkifli Yaakob berkata, perkara tersebut perlu dikemukakan dan mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu memandangkan tindakan tersebut turut melibatkan banyak agensi.

“Kita tidak mahu ramai pekerja asing di sini terutama yang bekerja di pusat hiburan dan spa memandangkan kebanyakan mereka tidak ada permit serta hanya menggunakan pas pelancong.

“Kewujudan pusat hiburan dan juga spa juga semakin banyak dengan pengambilan warga asing yang ramai hinggakan di sesetengah tempat seperti di Putera Square kita dapat lihat ia seakan ‘Little Bangkok’.

“Justeru itu, kita memerlukan kerjasama dan persetujuan agar Kuantan terus mempunyai imej yang baik dan bukannya mendapat gelaran Little Bangkok atau Little Hadyai daripada orang tempatan atau pelancong,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPK, di sini, kelmarin.

Menurutnya, MPK akan turut mencadangkan syarat baharu dikemukakan kepada pengusaha sebelum membuka kedai melibatkan pekerja asing.

“Kita akan menetapkan syarat baharu bagi mana-mana pengusaha yang ingin membuka spa dan pusat hiburan dan ini dilihat lebih adil daripada kita mengarahkan mereka menutup terus perniagaan.

“Kita boleh bagi denda atau kompaun tetapi penglibatan pekerja asing yang tidak menggunakan permit kerja dan hanya menggunakan pas pelancong tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, kewujudan dan kebanjiran pekerja asing juga membawa kepada masalah sosial.

“Pekerja asing juga dilihat sebagai penyumbang masalah sosial dan dengan cara ini sedikit-sebanyak mengelakkan mereka mencemarkan nama dan imej bandar ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");