Sukan Hari Ini

Costa mahu balas kepercayaan

PENYERANG Sepanyol, Diego Costa bertekad mahu meledakkan sebanyak mungkin gol buat pasukannya selepas pulih daripada belenggu kecederaan.

Costa setakat ini hanya mampu menjaringkan satu gol tahun ini dalam aksi persahabatan menentang Itali, Mac lalu yang menyaksikan Sepanyol merekodkan kemenangan tipis 1-0.

Selepas itu, Costa digugurkan daripada skuad kebangsaan akibat dibelenggu dengan kecederaan.

Kini penyerang Chelsea itu dipanggil semula untuk memperkuatkan jentera serangan La Roja.

“Saya tidak pernah menyesal untuk bermain bersama Sepanyol. Saya akan buktikan kemampuan diri demi membalas kepercayaan yang diberikan,” kata Costa.

Sepanyol akan berdepan dua aksi Kelayakan Euro 2016 berdepan Slovakia, Ahad ini diikuti Macedonia, Rabu depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");