Membawang Hari Ini

‘Saya tak akan putus asa’

Pelakon dan pelawak Abam Bocey mengakui ramai wanita dikenalinya lebih banyak mengambil kesempatan dan tidak ikhlas berkawan dengannya kerana dia memiliki badan besar.

Menurutnya, mereka yang ditemui lebih menunjukkan minat untuk berkawan saja disebabkan dia seorang yang dikenali.

“Saya ada berkenalan dengan beberapa wanita dan memang berniat untuk dijadikan teman wanita sekali gus calon isteri.

“Apabila saya membawa mereka ke rumah bertemu ibu, mereka seperti kurang mesra dan lebih banyak buat hal sendiri, sedangkan niat saya kalau boleh biarlah mereka lebih rapat dengan ibu dan boleh jadi penemannya ketika saya sibuk.

“Sedih juga dengan keadaan itu, namun saya tidak akan berputus asa walaupun perkenalan ada yang bertahan tiga hari saja,” katanya.

Abam berkata, meskipun sedar fizikal dirinya yang menyebabkan orang mengambil kesempatan dia tidak sekali-kali mengubah bentuk badan menjadi kurus.

“Ini ‘trademark’ diri saya. Untuk menguruskan badan mungkin tidak, tetapi saya hanya mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit saja dengan menjaga pemakanan tanpa pengambilan mana-mana suplemen,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pembabitan­nya dalam telefilem Oh My Goat Come Baaack!!, Abam menganggap ia rezeki dan tidak menyangka produksi sudi menawarkan dia watak dalam cerita berkenaan.

“Saya memang tidak menyangka ditawarkan dalam cerita ini. Pada mulanya saya sangka mereka menawarkan berlakon sit­kom Oh My English, tetapi rupa-rupanya telefilem.

“Kalau diikutkan saya tidak fasih sangat bertutur dalam bahasa Inggeris, namun melihat kepetahan adik dalam cerita berkenaan menambahkan semangat saya menguasai bahasa berkenaan,” katanya.

Oh My Goat Come Baaack!! ditayangkan serentak di Astro TVIQ, Astro Prima dan Astro Maya HD, Sabtu ini jam 9 malam.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");