Sukan Hari Ini

De Bruyne milik City

PEMAIN Belgium, Kevin De Bruyne dari kelab Bundesliga, VfL Wolfsburg menjadi bintang terbaharu dibeli Manchester City sebelum jendela perpindahan pemain ditutup hari ini.

Difahamkan, pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak enam tahun bersama kelab itu musim ini.

City bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah bayaran bagi mendapatkan De Bruyne namun media Britain melaporkan yuran perpindahannya mencatat rekod tertinggi iaitu £52 juta (RM334.7 juta)

Perjanjian itu mengatasi £49 juta (RM315 juta) dibayar City kepada Liverpool untuk mendapatkan Raheem Sterling.

“Perkara paling penting ialah penamat musim kami semua mahu bergembira dengan mendapat beberapa piala,” kata De Bruyne di laman web City.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");