Sukan Hari Ini

Mourinho hilang sabar

PENGENDALI Cheslea, Jose Mourinho tidak teragak-agak untuk melakukan rombakan demi mengembalikan kelab itu pada prestasi terbaik selepas gagal menyerlah dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Selain itu, Mourinho turut mendedahkan bahawa beliau juga akan menyingkirkan pemain gagal mempamerkan aksi mantap.

“Jika pemain tidak beraksi di tahap sebenar, terdapat dua cara untuk mengatasinya.

“Yang pertama, saya mempercayai pemain berkenaan, jadi saya akan menunggu peningkatannya. Anda tunggu, tunggu dan tunggu, mungkin peningkatan akan berlaku ataupun tidak.

“Atau, walaupun anda mempercayai detik perubahan itu akan tiba juga, tetapi saya tetap berasakan perubahan perlu dibuat. Saya boleh menggunakan kedua-dua cara itu,” katanya.

Mourinho dikhabarkan telah mengenal pasti tiga pemain The Blues yang dirasakannya tidak beraksi di tahap sebenar, bagaimanapun enggan menyebut nama mereka.

Kesabaran Mourinho semakin memuncak selepas Chelsea sekali lagi mengalami kekalahan pada awal musim apabila ditewaskan Crystal Palace 2-1 pada perlawanan ke-100 Mourinho, Sabtu lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");