Berita Hari Ini

DEIG: Mengapa tiada tindakan terhadap MB?

SHAH ALAM – Adun BN dan Pemuda, Wanita serta Puteri Umno Selangor membangkitkan persoalan mengapa tidak ada sebarang tindakan terhadap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung isu salah urus Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, sidang media dan laporan telah dibuat tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

“Pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah sedia maklum akan isu ini.

“Namun, mengapa masih tidak ada tindakan diambil kerana ia jelas melibatkan ketidakpatuhan dan pelanggaran etika di dalam urus tadbir kerajaan negeri berkaitan isu DEIG,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");