Jenayah

Mengaku tidak bersalah tikam bilal masjid

KUANTAN: Seorang pembantu dapur di restoran makanan segera dikenakan ikat jamin RM4,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menikam seorang bilal masjid.

Tertuduh, Mohamad Affendi Aziz, 26, dari Pasir Puteh, Kelantan didakwa dengan sengaja melakukan kecederaan parah terhadap Tengku Shafiq Tengku Adan Azli, 21, dengan menikam menggunakan sebilai pisau berwarna hitam berukuran 28 sentimeter tertulis ‘jungle king’ dihulunya.

Mengikut kertas pertuduhan, serangan tersebut boleh mendatangkan kematian terhadap mangsa tikaman.

Tertuduh telah melakukan kesalahan tersebut di perkarangan taman tema hiburan Euro Fun Park, Jalan Kuantan Gambang kira-kira jam 8.30 malam, 31 Ogos lepas.

Dengan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Tetdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin menawarkan RM10,000 sebagai jaminan namun atas rayuan yang dikemukan oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan tertuduh hanya dikenakan RM4,000 sahaja.

Siti Aminah turut mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh yang mewajibkannya melaporkan diri di Balai Polis Kuantan dan tidak boleh keluar daripada daerah sehingga kes selesai.

Sementara itu, Siti Aminah turut menetapkan 9 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");