Jenayah

Diperdaya rakan, keldai dadah dijel 18 tahun

KOTA BHARU: Seorang keldai dadah wanita warga Vietnam dijel 18 tahun selepas didapati bersalah memiliki 3.1 kilogram methamphetamine di mahkamah tinggi, di sini, tadi.

Nguyen Hang Nga, 51, dihukum kerana memiliki dadah itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 12.25 tengah hari, 8 November 2013.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu dikatakan diperdaya seorang rakan untuk membawa bagasi berisi dadah tersebut dari India ke Malaysia dengan upah AS$1,600.

Dadah dalam bagasi itu disorokkan dalam lipatan kertas dan kemudian dibaluti renda.

Hukuman diputuskan Hakim Datuk Azman Abdullah dan pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan negeri, Julia Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");