Sukan Hari Ini

Dollah harap ‘curi’ satu mata dari Abu Dhabi malam ini

KUALA LUMPUR: Tidak banyak yang diharapkan oleh Dollah Salleh ketika Malaysia bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, di Abu Dhabi malam ini.

Sambil menyifatkan lawannya itu sebagai antara pasukan terkuat di Asia, pengendali pasukan kebangsaan yang berdepan misi sukar di Stadium Mohamed Bin Zayed, mengakui berpuas hati seandainya berjaya membawa pulang satu mata.

“Berdepan UAE bukan tugas mudah kerana mereka boleh dianggap satu daripada pasukan terbaik di Asia.

“Namun misi kami ke Abu Dhabi ini bukan untuk bertahan, tapi mahu memastikan sekurang-kurang satu mata dapat dibawa pulang.

Itu sudah memadai,” kata Dollah ketika sidang media sebelum perlawanan, semalam.

Mengulas persiapan pasukannya, Dollah mengakui perlawanan persahabatan terakhir bertemu Bangladesh, Sabtu lalu yang berkesudahan 0-0 tidak begitu membantu. Malah dia terus mengakui Harimau Malaya masih ketandusan penyerang yang mampu meledakkan gol.

“Kami menghadapi Bangladesh untuk satu perlawanan persahabatan dan gagal meraih kemenangan apabila sekadar seri 0-0. “Jadi persiapan menghadapi UAE ini boleh dianggap tidak begitu sempurna.

“Tapi berdasarkan persembahan pemain ketika separuh masa kedua aksi bertemu Bangladesh itu, mereka beraksi dengan baik.

Cuma masalah utama kami, penyerang gagal menjaringkan gol,” katanya.

Mengulas lanjut pertembungan menentang UAE di laman lawan, Dollah berharap pemainnya sudah melupakan kekalahan besar ke atas Palestin sebelum ini dan fokus pada pertembungan malam ini.

“Selepas kami tewas 6-0 kepada Palestin pada perlawanan terdahulu, saya yakin pemain mahu memandang ke hadapan untuk memberikan terbaik pada perlawanan menentang UAE esok. Insya-Allah.

Malaysia ketika ini menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan. Malaysia kini berada di tangga ke-168 dunia dalam ranking FIFA manakala UAE di tangga ke-70.

Perlawanan Stadium Mohamed Bin Zayed, Abu Dhabi ini, dijadualkan bermula jam 11.15 malam waktu Malaysia.

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");