Panasnya Hari Ini

GHB Selangor Anjur Majlis Bayar Kafarah

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) Selangor akan mengadakan majlis makan malam untuk membayar kafarah (tebus dosa) bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang telah bertindak keluar parti dan menyertai GHB.

Majlis makan malam untuk membayar kafarah itu diadakan kerana ahli PAS yang keluar parti telah melanggar bai’ah (janji) yang telahpun diikrarkan sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, majlis tersebut akan diadakan di Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam pada Jumaat ini.

Antara yang akan hadir ke majlis makan malam tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan beberapa ahli PAS yang telah dilantik menjadi Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kami akan memberi makanan kepada orang miskin esok mulai jam lapan malam dan akan menjemput orang miskin di kawasan Shah Alam dan Klang sebagai majlis kafarah langgar bai’ah.

“Dalam perancangan, menu yang akan kami sediakan adalah nasi beriani kambing,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Khalid turut mengulas bahawa lafaz bai’ah yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan talak tiga ke atas isterinya adalah tidak sah.

Katanya, Hatta memberitahu bahawa beliau dipaksa untuk melafazkan sumpah bai;ah tersebut yang dibuat oleh PAS Kelantan selain daripada hanya mengikut arahan yang telah diberikan.

“Pendirian Hatta, bai’ah ini tidak sah. Dia tidak terkesan dalam soal itu.

“Bahkan, kita juga rasa amat pelik apabila Mahkamah Syariah telah menjatuhkan hukum sebelum mendengar hujah Hatta,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");