Isu Panas

Elak tanding tiga penjuru pada PRU14

KOTA BHARU – Walaupun Pas tidak menyertai komponen Pakatan Rakyat 2.0, Parti Amanah Negara Kelantan dikatakan cuba mengelak berlakunya pertembungan melibatkan tiga penjuru pada PRU14.

Jika ia berlaku, Pas Kelantan dikatakan berada dalam keadaan bahaya sehingga Umno boleh mengambil kesempatan atas kelemahan itu.

Ahli Jawatankuasanya, Hu Phang Chau berkata, pertandingan tiga penjuru perlu dielak kerana berdasarkan sejarah lalu, ia langsung tidak menguntungkan pakatan sehingga menyebabkan berlakunya pecah undi.

“Kita akan memberi kemenangan mudah kepada BN jika ditakdirkan perlu bertanding. Perkara ini perlu dielak,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang menegaskan pelawaan untuk persidangan meja bulat itu ditolak, selain menyifatkan kini bukan waktu yang sesuai untuk mereka menjalin kerjasama dengan dua parti tersebut.

Phang Chau yang juga bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas berkata, Pas mempunyai hak menolak pelawaan kerjasama tersebut, namun apakah motif, misi dan visi sebenar parti Pas sehingga menolak kerjasama ke arah perkara lebih positif.

“Bagi saya sangat mudah, apa misi dan visi mereka yang sebenarnya? Jika hanya mahu kita ikut akidah, ia tidak akan membantu, sebab parti ini untuk semua, bukan untuk orang Islam sahaja.

“Sebab itu kita mahukan kerjasama dalam Pakatan 2.0 kerana kali ini kita campur semua dan kita jadikan satu kumpulan besar untuk bincang bagaimana kita mahu mentadbir negara serta menawan Putrajaya untuk mengalahkan BN. Jika impian ini tidak ada, lebih baik tidak menjadi parti politik, atau bekerjasama sahaja dengan parti pemerintah sekarang,” katanya.

Phang Chau berkata, Pas perlu melihat kembali visi dan matlamat perjuangan asal parti itu, jangan hanya melihat kepada senario politik yang menghimpit kini.

“Jika mereka sedang berjuang untuk rakyat, maka Pakatan 2.0 ini adalah yang terbaik. Itu sahaja pendapat saya, sangat mudah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");