Jenayah

Dua maut kereta langgar pokok

Jasin: Dua remaja lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 37 Jalan Lipat Kajang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa Khairul Mukhlis Ismail, 17, dan sepupunya Muhammad Zaim Redza Mohd Munir, 16, dikatakan dalam perjalanan dari Jementah, Johor ke Kuala Sungai Baru, Melaka.

Sumber polis berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala.

“Kereta yang dipandu Khairul Mukhlis dipercayai hilang kawalan sebaik melalui satu selekoh tajam sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok.

“Akibat perlanggaran itu, penumpang tersepit di tempat duduk kiri hadapan dan dikeluarkan anggota bomba,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");