Sukan Hari Ini

EPL: Man United Benam Liverpool 3-1

OLD Trafford terus menjadi gelanggang keramat buat Manchester United yang menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Pemain yang baharu dibeli Man United, Anthony Martial turut meletakkan namanya selaku penjaring dengan meledakkan gol ketiga tuan rumah ketika lewat permainan.

Terikat tanpa jaringan berakhir babak pertama, Daley Blind membuka tirai jaringan buat Man United pada minit ke-49 diikuti gol Ander Herrera menerusi penalti pada minit ke-70.

Liverpool cuba bangkit menerusi jaringan Christian Benteke pada minit ke-84 namun perjuangan The Reds terus pudar apabila Man United meledak gol ketiga, dua minit kemudian menerusi Martial.

Dibantu gerakan Ashley Young, Martial yang masuk menggantikan Juan Mata pada minit ke-65 tidak melepaskan peluang apabila cubaannya di tengah kotak penalti tepat menerjah kanan gawang Liverpool.

Kejayaan menewaskan Liverpool menjadi kemenangan ketiga Man United daripada lima perlawanan, musim ini dan kesemuanya di Old Trafford.

Pada aksi terakhir EPL sebelum rehat perlawanan antarabangsa, bulan lalu, Man United begitupun tewas 2-1 kepada Swansea.

Kekalahan kepada Man United adalah yang kedua berturut-turut buat Liverpool dalam kempen EPL selepas tewas 3-0 kepada West Ham sebelum rehat perlawanan antarabangsa.

Situasi itu jelas meletakkan tekanan kepada pengendali The Reds, Brendan Rodgers dengan rakan sejawatnya di Old Trafford, Loius van Gaal boleh menarik nafas lega.

-Sinar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");