Sukan Hari Ini

Habuan lumayan nanti THT

Kuala Terengganu: Habuan menarik menanti pemain Terengganu Hockey Team (THT) sekiranya merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) dan muncul juara Piala TNB musim ini.

Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, imbuhan akan diberikan jika sekali lagi berjaya merangkul kejuaraan berganda seperti musim lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan bentuk ganjaran yang akan diberikan kerana perlu berbincang dengan kerajaan negeri sebelum mengumumkan insentif berkenaan.

“Pemain THT perlu memastikan kejuaraan liga dan Piala TNB kekal di Terengganu. Hanya selepas kejayaan itu baru kami akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai bentuk ganjaran yang dihulurkan,” katanya yang memaklumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman akan hadir pada aksi terakhir liga malam ini.

Musim lalu juara berganda itu menerima habuan RM8,000 seorang selain hadiah melancong ke luar negara selepas kali pertama membawa pulang kejuaraan liga dan Piala TNB yang menjadi rebutan enam pasukan.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Kuala Lumpur Hockey Team (KLHC) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), malam ini, Wan Ahmad Nizam yakin THT mampu melakar kejutan ke atas KLHC dalam misi memburu juara liga.

“Pada aksi pembukaan liga THT tewas 2-6 kepada pasukan itu. Tapi perlawanan malam ini pasti berbeza kerana THT akan menampilkan aksi lebih mantap berdasarkan kemampuan mencatat lapan kemenangan berturut-turut sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih THT Sarjit Singh mengakui bukan tugas mudah buat anak buahnya merantai barisan pemain KLHC.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");