Perak Hari Ini

Jerebu: Tiada Sekolah Yang Ditutup Di Perak

IPOH: Setakat hari ini tiada sebarang tindakan atau arahan bagi penutupan sesi persekolahan dalam negeri ini disebabkan oleh masalah jerebu yang melanda negara kini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir arahan telah dikeluarkan kepada jabatan terlibat bagi tindakan mengurangkan aktiviti luar terutamanya di kawasan yang berhadapan dengan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang membahayakan.

“Begitu juga perbincangan dengan pihak kementerian bagi keperluan menutup sekolah-sekolah yang berada dikawasan IPU tinggi namun setakat ini masih belum ada maklum balas daripada Jabatan Pendidikan bagi penutupan sekolah.

“Kawasan Manjung dan Ipoh antara dua kawasan yang didapati mempunyai bacaan indeks udara yang tinggi dan tidak sihat,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Exco hari ini.

Tambahnya lagi, diharapkan supaya masalah jerebu dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat ini.

“Masalah jerebu juga berlaku di kawasan pantai yang turut membimbangkan dan kedudukan pantai Perak juga berhampiran dengan Sumatera menyebabkan penglihatan agak terbatas,” ujarnya.

Para nelayan juga dinasihati supaya lebih berhati-hati khususnya melibatkan nelayan pantai yang menggunakan bot dan sampai yang kecil.

“Keadaan jerebu telah menyukarkan ditambah lagi dengan masalah ribut ternyata akan membahayakan kedudukan mereka dan perlu lebih berhati-hati,” katanya lanjut.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria pemantauan dijalankan setiap masa bagi memastikan pihak sekolah menitikberatkan soal kesihatan ketika jerebu ini.

“Selepas bacaan indeks udara diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar dan melebihi daripada IPU 200 dan sekolah dibenarkan untuk ditutup,” katanya.

Tambahnya pihak sekolah telah diberi arahan supaya menutup sesi persekolahan jika IPU mencecah paras bahaya dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menanganinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");