Sukan Hari Ini

‘Kami pun ada hati, perasaan’

KUALA LUMPUR – “Kalau nak kritik tu boleh tapi jangan sampai melam­pau.”

Itu luahan bek tengah negara, Amirizdwan Taj Tajuddin selepas menjadi mangsa kritikan tanpa belas kasihan daripada peminat bola sepak tanah air ekoran kekalahan buruk 10-0 yang dialami Harimau Malaya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), minggu lalu.

Bagaimanapun, dia tidak me­nyalahkan individu yang ‘mem­belasah’ Harimau Malaya kerana mengakui, pasukan negara telah mencipta sejarah memalukan apabila dibelasah sebegitu teruk.

“Jujurnya saya masih teri­ngatkan peristiwa tersebut. Sudah pasti satu Malaysia kecewa dengan persembahan pasukan negara, tetapi kami lagi kecewa.

“Kami bukan saja kecewa, malah kami rasa malu dan sedih. Apa lagi yang boleh kami cakap.

“Tidak dapat dinafikan kami rasa marah dan kecewa juga de­ngan kritikan keterlaluan yang dilemparkan, tetapi apa boleh buat setiap manusia ada hak untuk bercakap .

“Cuma saya hendak beritahu kepada mereka, kritik itu boleh tetapi janganlah melampau sangat sehingga melibatkan keluarga.

“Saya ada terima kritikan secara peribadi daripada peminat, tetapi apa yang kami boleh buat, mahu atau tidak kami terpaksa hadapi semua ini.

“Kami yang main kami yang kalah kami yang rasa. Nak balik Malaysia pun kami takut,” katanya selepas sesi latihan di Wisma FAM, di sini semalam.

Skuad Harimau Malaya menca­tat satu sejarah hitam dalam dunia bola sepak negara apabila dimalukan oleh UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, Khamis lalu.

Kekalahan itu menyusul beberapa bulan selepas dibedil 0-6 oleh Palestin dalam kejohanan yang sama di Bukit Jalil.
Tambah Amirizdwan, kekalahan tersebut membuatkan semua pemain terkejut, malah kem skuad kebangsaan berada dalam kea­daan suram.

“Kekalahan ini membuatkan pemain sentiasa berfikir. Datuk Ong Kim Swee ada cakap kami sudah mencipta sejarah (kekalahan menentang UAE) dan dia cakap kami boleh cipta satu lagi sejarah sama ada bangkit atau sebaliknya.

“Saya nampak pemain pamer semangat juang yang tinggi dan kami mahu bangkit kembali daripada kekalahan teruk itu,” katanya.

– http://www.utusan.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");