Panasnya Hari Ini

Kewangan 1MDB tenat : Rafizi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dengan lantang menegaskan bahawa tiada mana-mana negara, bank atau institusi kewangan di dunia ini akan tampil dan memberikan bantuan kewangan secara percuma kepada 1MDB berikutan kedudukan kewangannya yang tenat.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, beliau berkata dengan kedudukan kewangan 1MDB yang tenat itu, menyebabkan janji yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan masalah 1MDB juga membimbangkan.

“Sebarang bantuan atau suntikan kewangan sudah tentu akan diberikan dengan syarat-syarat yang begitu ketat dan menguntungkan mereka sebagai timbal balik kepada risiko kewangan besar yang mereka tanggung,” katanya.

Ulasnya lagi, jika Najib berjanji untuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh terdekat, ia bermakna wujud persetujuan mengenai urusniaga kewangan dengan pihak ketiga yang besar.

“Rundingan itu juga berkemungkinan akan meletakkan rakyat dalam keadaan tersepit hingga merugikan lagi rakyat.

“Saya menyeru supaya sebelum sebarang urusniaga kewangan yang melibatkan suntikan dana kepada 1MDB dipersetujui, butiran setiap urusniaga kewangan itu (baik yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, badan pelaburan milik rakyat, agensi kerajaan atau pun pihak swasta/pihak ketiga) perlulah dibentangkan secara terperinci di Parlimen dan dibahaskan terlebih dahulu,” katanya.

Rafizi turut menyenaraikan beberapa persoalan bagi menggesa Perdana Menteri menjawab secara terperinci mengenai urusniaga kewangan yang mungkin berlaku itu.

1. Apa terma terperinci yang melibatkan tanggungan kerajaan dan rakyat?
2. Berapa jumlah kos keseluruhan yang melibatkan dana awam?
3. Adakah urusniaga itu melibatkan apa-apa harta atau tanah milik awam?
4. Adakah pihak yang menyuntik dana akan mendapat apa-apa kontrak atau balasan kewangan lain yang tidak berkaitan dengan 1MDB tetapi ditanggung/dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi milik Kerajaan Malaysia?
5. Adakah Kerajaan Malaysia memberikan sebarang jaminan untuk menanggung hutang/suntikan dana baru ini?
6. Siapakah individu-individu terbabit (di depan dan di belakang) yang merundingkan dan akan mendapat keuntungan dari urusniaga itu?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");