Jenayah

Miliki pil kuda: Warga Thailand ditahan

KOTA BHARU: Seorang warga Thailand ditahan bersama 143 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini semalam.

Serbuan dilakukan sekitar jam 11.40 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu

Semasa serbuan dilakukan, suspek sedang tidur seorang diri di kawasan sofa dan terkejut selepas seorang pegawai memperkenalkan diri sebagai polis.

Hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek dalam poket seluarnya, polis turut menemui uncang warna hitam di dalamnya terdapat satu plastik cerah berangkai dengan setiap satunya berisi 117 pil kemerahan disyaki dadah.

Selain itu, turut ditemui satu rangkai berisi 10 biji pil kemerahan disyaki dadah, satu rangkai lagi berisi lima biji pil warna merah disyaki dadah dan jumlah keseluruhan kesemuanya 143 biji pil kuda.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kes terbabit disiasat di bawah seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1957 dan menurutnya suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");