Membawang Hari Ini

Kongsi rasa hati dengan peminat

Terkejut melihat idolanya Datuk Sheila Majid hadir menyaksikan konsertnya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam Jumaat lalu, penyanyi Afgan bagaikan kelu tidak terkata.

Namun itu bukan alasan untuk Afgan atau nama penuhnya Afgan Syahreza, 26, berdiam saja, sebaliknya dia turun dari pentas dan sama-sama menyanyikan lagu Sheila berjudul Warna.

Mengakui tidak tahu akan kehadiran Sheila pada malam Konsert Suara Hati Afgan itu, dia berharap satu hari nanti dapat berduet dengan penyanyi terkenal tanah air itu.

“Saya memang terkejut tidak menyangka Sheila akan hadir pada malam ini. Rasa teruja dan memang tidak terkata.

“Dia antara penyanyi Malaysia yang cukup saya minati. Setiap albumnya saya beli. Begitu juga dengan adik-beradik lain yang turut mengagumi beliau.

“Saya sangat berharap satu hari nanti diberi peluang mengadakan konsert dan dapat berduet dengan beliau,” kata penyanyi Indonesia itu.

Mengulas mengenai konsert berkenaan, ia adalah konsert solo pertamanya di Malaysia.

“Saya gembira atas sambutan yang diterima. Pada awalnya jualan tiket agak perlahan, namun saya bersyukur apabila diberitahu tiket habis dijual.

“Saya sangat gembira dan teruja dengan sambutan peminat yang memenuhi segenap dewan.

“Sikap mereka yang begitu bersahaja sudi berdiri menyanyi bersama-sama saya memperlihatkan mereka sangat teruja dan ‘enjoy’ dengan persembahan saya,” katanya yang berharap dapat mengadakan konsert di Bukit Jalil pula selepas ini.

Antara lagu yang dipersembahkan Afgan ialah Pesan Cinta, Katakan Tidak, Entah, Padamu Ku Bersujud, Bukan Cinta Biasa, Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Panah Asmara dan banyak lagi.

Dalam pada itu Afgan turut menya­nyikan lagu medley penyanyi Malaysia seperti Ku Mohon (Sheila Majid), Terukir Di Bintang (Yuna) dan Sedetik Lebih (Anuar Zain).

Hadir menyerikan persembahan ialah teman baik Afgan yang juga penyanyi popular Datuk Rossa. Beliau menyanyikan lagu duet Kamu Yang Ku Tunggu dan Hati Tak Bertuan.

Memilih tajuk konsert Suara Hati Afgan, anak kedua daripada empat beradik itu berkata, pemilihan nama itu bagi berkongsi rasa hati dan cinta Afgan bersama peminatnya di Malaysia.

“Kerana itulah sepanjang konsert saya tidak malu untuk berkongsi kisah cinta dan diri saya yang belum berpu­nya,” katanya.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");