Berita Hari Ini

PSLEM Sedia Bantu Tingkat Kesedaran SLE

PETALING JAYA: Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) komited membantu kerajaan dalam pendaftaran pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) bagi mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai beban sebenar penyakit tersebut di negara ini.

Langkah berkenaan juga akan memudahkan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada hospital yang merawat pesakit lupus dan juga menyediakan bantuan yang lebih baik kepada mereka yang menghadapi masalah itu.

Presiden PSLEM, Dr Benjamin Cheah Tien Eang berkata, maklumat tepat mengenai SLE atau lebih dikenali sebagailupus tidak diketahui di Malaysia dan persatuan itu akan menyokong mana-mana inisiatif untuk mendaftarkan penyakit tersebut.

“SLE memberi kesan terutamanya kepada golongan wanita yang sedang berada pada kemuncak kehidupan mereka dan kumpulan pesakit ini cenderung kepada masalah emosi kerana penampilan fizikal mereka akibat penyakit ini.

“SLE masih sukar dikesan kerana gejalanya berbeza antara individu dan boleh datang dan pergi dalam tempoh tertentu. Ia juga boleh meniru gejala penyakit lain.

“Ia boleh membawa maut terutamanya jika tidak dirawat. Puncanya masih tidak diketahui walaupun penyelidikan menyebabkan lebih pemahaman terhadap penyakit ini,” kata Dr Cheah.

SLE adalah sejenis penyakit autoimun yang mengakibatkan sistem imunisasi badan menyerang tisu-tisu sihat dalam tubuh.

Terdapat dua jenis lupus iaitu SLE yang boleh menjejaskan mana-mana organ di dalam tubuh dan Discoid Lupus Eritematosus (DLE) yang memberi kesan kepada kulit sahaja.

Dilaporkan lebih daripada 90 peratus pesakit SLE adalah wanita dengan 80 peratus daripada mereka mula mendapat penyakit itu berumur antara 15 hingga 44 tahun.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");