Berita Hari Ini

Jangan terpengaruh anasir luar

MARAN – Pelajar lepasan sekolah menengah yang akan melangkah ke institusi pengajian tinggi (IPT) diminta memberi fokus terhadap pelajaran dan jangan mudah terpengaruh dengan anasir luar sehingga menjejaskan kecemerlangan akademik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pihak tidak bertanggungjawab sering menyasarkan golongan mahasiswa kononnya mahu membela tetapi sebenarnya untuk kepentingan politik semata-mata.

Menurutnya, dalam menempuhi kehidupan semakin mencabar, kecemerlangan akademik merupakan aset penting bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

“Saban tahun ratusan ribu mahasiswa dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi, jadi seharusnya mahasiswa bersiap sedia untuk bersaing mendapatkan kerja.

“Jangan sia-siakan peluang ketika di menara gading dan sebaiknya aktif dengan aktiviti akademik atau kemasyarakatan yang dianjurkan pihak universiti.

“Jauhi anasir yang cuba menghasut dengan membawa pelbagai ideologi yang mempunyai agenda tertentu kerana hanya akan merosakkan fokus terhadap pelajaran,” katanya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, golongan mahasiswa perlu bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan lagi pemikiran kritis, kecekapan menyelesaikan masalah dan komunikasi.

Menurutnya, penyertaan mereka yang aktif dalam aktiviti tersebut dapat membantu meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan dan kemahiran diri.

“Selain lulus cemerlang dalam akademik, prestasi kokurikulum akan diambil kira oleh bakal majikan apabila memohon pekerjaan selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");