Jenayah

Lelaki tetak nenek ke mahkamah

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang sebelum ini menggemparkan masyarakat kerana didakwa menetak neneknya sehingga maut, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam, atas tuduhan membunuh mangsa.

Tertuduh, Maslizan Muhammad, 33, yang beralamat dari Jalan Keledang, Taman Sentosa Bandar Cheneh Baru, Kemaman, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian mangsa, Halimah Taib, 78, di hadapan rumah di Kampung Surau Haji Daud Pengadang Buloh, di sini, pada 7 September lalu, lebih kurang jam 9.30 pagi.

Dengan itu, dia yang ketika dibawa ke mahkamah memakai baju lokap berwarna oren didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Abdul Hayyi menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Sinar Harian keluaran 8 September lalu melaporkan seorang lelaki bertindak menetak tengkuk dan leher neneknya guna sebilah parang pendek sehingga maut, kerana tidak tahan dengar bebelan warga emas itu.

Mangsa, Halimah Taib, 78, ditemui dalam keadaan terlentang oleh jirannya lebih kurang jam 9.50 pagi, di hadapan rumahnya di Kampung Surau Haji Daud, Pengadang Buloh, di sini, yang kemudiannya terus menghubungi Balai Polis Chendering, untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesan tetakan iaitu dua di leher kanan dan satu di tengkuk.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");