Jenayah

Lima beranak hilang kediaman

ARAU: Seorang guru bersama empat anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Lorong Alor Langcang, Jejawi di sini, malam kelmarin.

Guru, Normala Abu Seman, 46, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, dia bersama anaknya yang berusia antara 7 hingga 12 tahun sedang berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi meletup dari bilik, saya terus pergi melihat di dalam bilik ada percikan api diplag sebelum berlaku percikan api yang besar.

“Dalam masa yang sama bekalan elektrik terputus, kami segera keluar menyelamatkan diri, selepas berjaya keluar api semakin marak, saya dan anak-anak hanya mampu melihat rumah saya musnah dalam masa kira-kira 10 minit,” katanya yang merupakan ibu tunggal.

Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah kereta Honda Jazz milik Normala.

Menurutnya, kini, dia bersama empat anaknya terpaksa menumpang di rumah saudara terdekat.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba, Abu Bakar Abdullah berkata, selepas menerima panggilan pada jam 9.28 malam, seramai 22 anggota termasuk 13 anggota bomba sukarelawan dikejarkan ke tempat kejadian .

Katanya, apabila sampai di lokasi, sebuah rumah dua tingkat berstruktur kayu sepenuhnya sedang terbakar, turut terbakar sebuah kereta Honda Jazz yang disimpan di dalam garaj rumah tersebut.

“Rumah berkeluasan 18 meter x 12 meter itu musnah 100 peratus, punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");