Panasnya Hari Ini

Dakwa Anwar Dibawa Balik Ke Penjara Sungai Buloh Tanpa Rawatan

KUALA LUMPUR: Dua peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa bekas Ketua Pembangkang itu dibawa balik semula ke Penjara Sungai Buloh dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tanpa menjalani sebarang rawatan berkaitan kecederaan bahu dan penyakitnya yang lain.

Dakwaan itu dibuat oleh dua orang peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya menerusi satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka berkata, pagi semalam, Anwar tiba-tiba dibawa keluar dari perundingan di HKL.

“Selepas itu, Anwar bergegas kembali ke penjara sebelum jam 12 tengah hari,” memetik laporan MalaysiaKini.

Tambah mereka lagi, meskipun Anwar memerlukan rawatan perubatan segera kerana mengalami kecederaan bahu yang kronik dan keadaan lain, namun perkara tersebut (dibawa keluar hospital tanpa rawatan) masih berlaku.

Terdahulu, keluarga Anwar menuntut supaya Ketua Panel, Dr Jeyaindran yang merawat bekas Ketua Pembangkang itu digugurkan dari tugas tersebut dan meminta supaya pakar bedah ortopedik dipilih oleh mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa seramai 17 panel perunding klinikal telah memeriksa keadaan Anwar.

Bagaimanapun, peguam Anwar mendakwa bahawa Noor Hisham telah mengabaikan permohonan keluarga Anwar untuk menggantikan Jeyaindran yang juga salah seorang saksi pendakwaan terhadap Anwar.

Anwar dimasukkan ke HKL semalam selepas mengadu sakit di anggota badannya dan perlu menjalani rawatan susulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");