Jenayah

Lima restoran R&R Awan Besar terbakar

Kuala Lumpur: Lima dari sepuluh restoran di R&R Awam Besar terbakar dalam kejadian pada 1.35 petang tadi.

Dalam insiden itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.35 sebelum mengerahkan 30 anggota bomba dari lima balai berasingan ke lokasi kejadian.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya mengambil masa selama satu jam untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

“Tiada mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan dan hasil siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari asap dapur salah sebuah restoran berkenaan.

“Bagaimanapun, pihak bomba dan penyelamat masih menyiasat punca kebakaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");