Sukan Hari Ini

Maaf ya Anderson: Wawrinka

New York: Stan Wawrinka menyingkirkan pemain memiliki pukulan kencang dari Afrika Selatan Kevin Anderson 6-4, 6-4, 6-0, awal pagi tadi untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Pertarungan di gelanggang stadium Arthur Ashe dipindahkan ke Louis Armstrong disebabkan hujan menyaksikan Wawrinka beraksi cemerlang menafikan cabaran pemain pilihan ke-15 itu dalam pertarungan selama satu jam 47 minit.

“Kami memang mahu bermain di Ashe tetapi saya rasa lebih baik jika kami dapat menghabiskan semua perlawanan hari ini,” kata juara Terbuka Perancis dari Switzerland itu.

“Sukar bermain dalam keadaan cuaca tidak menentu.

“Apapun saya tidak kisah gelanggang mana untuk bermain. Saya cuba memberi tumpuan penuh ketika berada di gelanggang perlawanan dan bersedia menghadapi kedua duanya.” – Reuters

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");