Berita Hari Ini

Maria Chin sindir Rahman Dahlan

SHAH ALAM – Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah hari ini memuatnaik gambar pintu pagar pejabat organisasi itu seolah-olah menyindir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan susulan kegagalan untuk menghantar notis tuntutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM65,000 kepada penganjur Himpunan Bersih 4.0 kerana organisasi itu gagal mempamerkan papan tanda.

“Rahman Dahlan, jika anda tidak jumpa pejabat Bersih lagi, Maaf tiada permaidani merah,” tulisnya dalam laman Facebook miliknya.

Dalam gambar yang dikongsinya itu, Maria memuatnaik pintu pagar yang turut ditanda dengan kain rentang yang tertulis Bersih 4 serta anak panah besar menunjukkan nombor pejabat mereka.

Sebelum ini, Insiden DBKL menghantar notis tuntuan notis kepada penganjur sebagai kos pembersihan ke alamat yang salah menjadi bahan jenaka.

Rahman memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan pejabat Bersih ke laman mikro Twitternya.

“Dan ini pejabat Bersih yang tidak nampak bersih langsung,” tulisnya.

Bagaimanapun, kesilapan itu kemudiannya disedari aktivis bersih dan Pengurus sekretariat Bersih, Mandeep Singh kemudiannya memberikan nombor telefon pejabat mereka kepada Ahli Parlimen Kota Belud itu.

Sementara itu, Sabtu lalu Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sebagai NGO yang tersohor, mereka sepatutnya meletakkan papan tanda bagi mengelakkan kekeliruan.

“Pegawai saya dari Established Corp yang pergi, dia ambil alamat dari laman sesawang Bersih 2.0…alamat itu betul. Bila dia tengok premis bernombor 13 itu, memang tiada papan tanda Bersih, amat mengelirukan.

“Sebuah organisasi yang menganggap mereka ini NGO yang tersohor di Malaysia ini, letaklah papan tanda yang besar, biar orang tahu di mana (pejabatnya),” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");