Perak Hari Ini

Ragbi Piala Agong 2015 : Perak Tewaskan Kelantan

IPOH: Skuad Ragbi Perak kembali bersemangat menebus kekalahan musim lalu apabila berjaya menewaskan pasukan Kelantan dengan mata 18-12 dalam Piala Agong 2015 kali ini.

Skuad negeri ini kelihatan tampil bermain lebih bersemangat dengan persediaan yang ternyata cukup rapi.

Pada separuh masa pertama, Perak ketinggalan 10-6 kepada Kelantan dan kembali bangkit semula pada separuh masa kedua apabila berjaya membenam Kelantan dengan mata 18-21.

Jaringan tersebut terhasil dari tiga penalti dan satu convertion yang dilakukan oleh Amer Aswad dan percubaan daripada Muhammad Hakim serta Muhammad Taufiq.

DSC_0003

Skuad kali ini dilatih oleh jurulatih muda Nazeer Nesharah yang juga merupakan anak jati  Perak dan pernah berpengalaman mewakili Negara dalam sukan tersebut.

Pasukan ini juga diterajui oleh Pengurus pasukan Ragbi Perak, Shamsul Munir Zaini yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Kesatuan Ragbi Perak.

DSC_0135

Skuad kali ini dipelopori oleh majoriti anak-anak muda Perak dan dibantu oleh empat orang pemain berdarah Fiji dan beberapa orang dari wakil daripada negeri-negeri lain.

Perak bakal menjadi bertemu pasukan Kuala Lumpur pada Ahad 13 September depan bertempat di padang UTP Tronoh,Perak pada jam 4 petang.

Pasukan Perak dijangka akan berada di dalam kumpulan B bersama-sama Kelantan dan Kuala Lumpur.

FOTO : Arena Seladang

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");