Jenayah

Maut tidak sempat elak lori

SABAK BERNAM: Seorang pemandu lori kelapa maut selepas kereta Hyundai Atos yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori yang tiba-tiba masuk ke laluannya di Kilometer 61 Jalan Teluk Intan-Klang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, S Paramasivan, 44, yang beralamat di Taman Sri Perak, Hutan Melintang, Perak, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan kanan akibat tersepit pada bahagian depan kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dan Sekinchan mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Pasukan penyelamat terpaksa bertindak memotong kenderaan terbabit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat pelanggaran pada bahagian depan kereta dan belakang lori berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azmi memberitahu, pemandu lori berusia 53 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Klang untuk pulang ke rumahnya di Parit 1 Barat Sungai Besar, bagaimanapun kenderaan yang dipandunya itu hilang kawalan.

“Lori terbabit dipercayai secara tiba-tiba terbabas dan memasuki laluan bertentanganmengakibatkan kereta yang dipandu mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori terbabit,” katanya.

Menurut beliau, akibat hentaman kuat kedua-dua kenderaan itu, kereta yang dipandu mangsa remuk pada bahagian depan, manakala lori itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian belakang.

“Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk bedah siasat, sementara pemandu lori mendapatkan rawatan di Unit Pesakit Luar Hospital Tanjong Karang.

“Hasil bedah siasat dijalankan di HTAJ Sabak Bernam mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan serius pada dada dan kepala,” ujarnya.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");