Sukan Hari Ini

Maybank terselamat

Kuala Lumpur: Maybank memanfaatkan sebaik-baiknya peluang bertemu barisan ‘mentah’ TNB apabila berjaya menewaskan lawan mereka itu 2-1 pada suku akhir pertama Piala TNB semalam.

Skuad bimbingan S Vellapan bagaimanapun ketinggalan seawal minit kelima selepas TNB yang rata-ratanya dibarisi pemain muda mendahului 1-0 hasil jaringan Azril Misron di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Namun Maybank memperkemaskan rentak permainan dan akhirnya berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi ketua pasukan Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-40 sebelum Deepanshu Bhargav menjaringkan gol kemenangan minit ke-59.

“Kami leka pada awal permainan dan akibatnya dihukum dengan jaringan pendahuluan dari pihak lawan.

“Tapi mujur pemain mula fokus semula dan bersemangat untuk mencari gol penyamaan dan gol kedua,” katanya.

Bagaimanapun, Vellapan berkata, kemenangan itu tidak memberi sebarang kelebihan kepada mereka kerana beliau percaya TNB pasti akan bangkit semula pada suku akhir kedua, esok.

“Peluang masih terbuka luas untuk kedua-dua pasukan. TNB pasti akan memberi tekanan kepada kami.

“Yang penting, kami perlu kekal fokus dan teruskan rentak cemerlang ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");