Sukan Hari Ini

Menteri boleh gantung FAM

Kuala Terengganu: Langkah drastik menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) antara tindakan yang boleh diambil oleh seorang menteri jika masalah yang membelenggu skuad bola sepak kebangsaan tidak dapat diatasi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, di bawah Akta Pembangunan Sukan, ada kuasa pada menteri untuk mengambil langkah drastik itu seperti yang berlaku pada Persatuan Bola Sepak Indonesia yang digantung.

Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan FAM dalam masa terdekat selepas kekalahan teruk skuad Harimau Malaya 10-0 pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

“Saya akan panggil FAM dalam masa terdekat untuk berjumpa dengan saya dan minta mereka memberikan laporan apa yang sebenarnya berlaku di FAM hingga kita lihat hari ini prestasi dan mutu sukan bola sepak kita merudum ke tahap yang antara paling rendah dalam sejarah negara.

“Kita ada banyak langkah yang boleh diambil. Langkah drastik boleh diambil (gantung FAM). Walaupun saya tidak mahu, tetapi di bawah Akta Pembangunan Sukan, ada kuasa pada menteri untuk mengambil langkah drastik seperti yang berlaku pada Persatuan Bola Sepak Indonesia yang digantung.

“Selain itu, saya turut meminta barisan pengurusan FAM bermuhasabah diri susulan kekalahan yang memalukan negara itu dan segera melakukan sesuatu untuk pembangunan sukan bola sepak negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan FitMalaysia Terengganu di Dataran Batu Buruk, di sini, hari ini.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");