Panasnya Hari Ini

Obama Digesa Batal Perjumpaan Dengan PM – Pembangkang

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan hari ini menggesa supaya Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membatalkan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggantung semua rundingan bersabit perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Memetik sumber daripada Sinar harian, desakan itu dilontarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Ujarnya tindakan pembatalan dan penggantungan kesemua rundingan adalah satu yang wajar sehingga siasatan ke atas Najib selesai dilakukan.

“…adalah wajar bagi Presiden Obama membatalkan perjumpaan dengan Najib yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan diselesaikan terlebih dahulu di AS bagi mengelakkan persepsi yang buruk ke atas kedua-dua mereka.

“Hanya selepas Najib menyelesaikan masalah krisis kredibiliti dan isu-isu berkait dengan tuduhan penyelewengan 1MDB barulah sebarang rundingan yang melibatkan kedaulatan negara boleh diteruskan,” katanya.

Tambahnya lagi, desakan itu berkait dengan laporan The New York Times pada 21 September lalu yang didakwanya memberi gambaran bahawa Perdana Menteri dan keluarganya sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.

“Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara apabila seorang Perdana Menteri disiasat oleh negara asing atas tuduhan jenayah. Ia bawa kesan besar kepada kebebasan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat selain menjejaskan imej Malaysia di mata dunia yang sekaligus memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia.

“Siasatan ke atas Najib ini merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara ketika kerajaan dan AS sedang merunding perjanjian TPP yang telah mengundang pelbagai kontroversi,” katanya.

Pakatan Pembangkang juga turut berkata perjanjian TPP tidak dijadikan alasan oleh Najib bagi menghadapi tekanan penyiasatan AS terhadap dirinya.

“Kerajaan AS perlu menggantung semua rundingan bersabit perjanjian TPP dengan Najib untuk mengelakkan persepsi bahawa konflik kepentingan yang timbul akibat siasatan itu.

“Mengambil kira krisis kredibiliti yang dihadapi oleh Najib, Pakatan Harapan berpendapat sokongan kuat kerajaan AS terhadap pentadbiran beliau perlu dikaji semula sebagai langkah menjaga hubungan baik antara Malaysia-AS yang dibina selama ini dan juga pada masa akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");