Panasnya Hari Ini

Pakatan Rakyat 2.0 : PAS Tidak Akan Buat Keputusan Terburu-Buru

KUALA LUMPUR: PAS akan berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan sama ada mahu menyertai parti gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 (PR) atau tidak.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan menegaskan bahawa parti itu tidak akan sesekali membuat keputusan yang terburu-buru untuk menyertai PR.

Katanya, PAS perlu mempertimbangkan banyak perkara yang mempunyai kaitan dengan pendekatan serta strategi politik parti Islam tersebut.

“Itu adalah berkait soal pendekatan dan strategi politik.

“Setakat ini, parti tidak membuat sebarang keputusan lagi, ia terlebih dahulu perlu dibincangkan, dikaji dan diteliti di semua peringkat parti,” katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Tambahnya, PAS akan membuat pendirian rasmi selepas beberapa ketika.

“Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk ambil tindakan sebab kita ken abaca banyak perkembangan politik semasa,” tegasnya.

Terdahulu, PKR melalui Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menginginkan PAS bekerjasama dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Bagaimanapun, ‘jemputan’ PKR kepada PAS itu menimbulkan tanda tanya kepada DAP yang menuntut penjelasan daripada PKR berkaitan ‘jemputan’ tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");