Perak Hari Ini

Parti Amanah Pasir Salak: Sedia Terima Pimpinan PAS

IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Pasir Salak mengalukan penyertaan daripada dua bekas pemimpin parti PAS kawasan tersebut iaitu Dr Muhaimin Sulam (Timbalan Yang Dipertua) dan Ustaz Mohd Syamsul Alauddin (Setiausaha) supaya menyertai parti berkenaan.

Menerusi kenyataan medianya, Ketua Parlimen,Parti Amanah Negara (Amanah) Khairol Fikri Mohamed Amin, penawaran itu berdasarkan maklumat mengenai perletakan jawatan dua pimpinan PAS Kawasan Pasir Salak berkenaan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, perletakan jawatan itu kemungkinan disebabkan suasana semasa parti itu dan kemunculan satu parti politik baharu yang berteraskan Islam iaitu Amanah.

“Kedua-dua individu ini adalah tokoh yang dikenali oleh masyarakat setempat terutama Dr Muhaimin Sulam yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dan Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

“Beliau juga adalah pengasas DACS Dewan Pemuda Pas Pusat dan antara individu penting yang mempopularkan program kebudayaan dan kesenian dalam Pas.

“Manakala Ustaz Syamsul pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak,” katanya.

Tambahnya lagi, Parti Amanah amat sangat mengalu-alukan sekiranya kedua-dua bekas pimpinan parti PAS berkenaan bertindak untuk menyertai Amanah dalam memperkuatkan lagi parti Islam baharu ini diperingkat kawasan.

“Kami yakin, sekiranya mereka menyertai Amanah, peluang untuk berkhidmat kepada agama Islam dan masyarakat lebih terbentang luas tanpa sebarang tekanan seperti yang berlaku kepada mereka di dalam PAS sebelum ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");