Sukan Hari Ini

‘Task force’ fokus hala Harimau Muda

Kelana Jaya: Nasib program Harimau Muda akan diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat akan datang.

Timbalan Presiden FAM Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, ia diputuskan pasukan ‘task force’ yang bersetuju menyediakan satu kertas putih (laporan mengenai sesuatu dengan tujuan mendidik atau membantu individu tertentu membuat keputusan).

“Kertas putih (itu) akan diserahkan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk membuat keputusan. Ia membabitkan semua program Harimau Muda,” katanya.

FAM pada awal tahun ini membubarkan Harimau Muda A (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee dengan melepaskan pemain ke pasukan negeri masing-masing.

Namun badan induk itu mengekalkan Harimau Muda B (B-21) bimbingan Mohd Razip Ismail yang bersaing di Liga Singapura serta Harimau Muda C (B-19) kendalian Hassan Sazali Waras.

Bagaimanapun tindakan membubarkan Harimau Muda A dilihat mengundang padah apabila skuad negara tersekat awal di Sukan SEA Singapura pertengahan tahun ini.

“Kertas putih ini akan dihasilkan menerusi perbincangan dalam kalangan pakar bola sepak seperti bekas jurulatih dan pemain, tokoh akademik dan media,” jelasnya.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");