Isu Panas

Pas bukan lagi parti untuk semua

ALOR SETAR – Pas kini tidak lagi sesuai membawa tagline ‘Pas untuk semua ‘ (Pas for all) kerana parti itu kini bersendirian bukan lagi bersama pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi jawatankuasa penaja Parti Pekerja Malaysia (PPM) Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, prinsip parti itu kini akan diteruskan oleh PPM kerana parti baharu ini mengamalkan konsep keahlian terbuka kepada semua kaum dan agama.

“Bukan Islam kini boleh mendaftar sebagai ahli penuh, bukan lagi penyokong seperti bawah Pas yang mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebelum ini.

“Namun parti ini tetap menjadikan Islam sebagai dasar di mana hampir keseluruhan menyamai Pas termasuk perjuangannya,” katanya.

Menurutnya, PPM akan membantu merealisasikan hasrat mewujudkan PR2.0 berikutan Pas sudah beralih arah.

“Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan parti itu kini menjadi sebuah parti bersendirian.

“Pas sekrang dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Umno antaranya persetujuan kedua parti itu melaksanakan enakmen hudud di Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, PPM bukan menolak hukum hudud, sebaliknya perkara itu bukan agenda utama pakatan buat masa ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");