Membawang Hari Ini

Sissy Imann ke Anugerah Planet Muzik

KALI pertama mendengar suara Sissy Imann, penulis tertarik dengan lontaran vokalnya yang punyai keunikan tersendiri. Terbaharu Sissy yang boleh bermain alat muzik antaranya gitar, biola, bes dan piano ini dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) di dalam Anugerah Planet Muzik yang bakal berlangsung pada 9 Oktober nanti.

“Saya dapat tahu dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik beberapa hari lalu. Bonda (ibu Sissy) datang ke bilik mengejutkan saya yang sedang tidur minta tengok mesej di telefon dan pada mulanya saya macam tak percaya. Apa-apa pun saya rasa gembira dan bersyukur sebab ini ialah lagu pertama ciptaan saya.

“Menang atau kalau dalam anugerah itu nanti ialah perkara kedua buat saya kerana tersenarai sebagai calon akhir pun merupakan salah satu pencapaian yang besar dan cukup bermakna. Tambahan pula kalau dilihatkan pada senarai calon lain, semua hebat-hebat belaka.” katanya.

Ditanya bagaimana karier seninya bermula, Sissy menjelaskan ia bermula dengan langkahnya memuat naik sebuah video di YouTube yang mengandungi ucapan tahniahnya kepada penyanyi yang diminatinya iaitu Yuna di atas kejayaan artis tersebut memenangi salah satu anugerah ketika itu.

“Selain ucapan tahniah buat Yuna, pada akhir video tersebut saya ada menyanyikan dua rangkap petikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang sambil bermain gitar. Tak sangka dari situ ada yang mula meminta saya menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain.

“Saya juga beranikan diri menulis lagu sendiri iaitu Mungkin Kamu. Dan dari situ bakat saya mula di kesan oleh pihak FMC dan karier seni terus berkembang hingga kini,” terang Sissy yang mula mempelajari klasikal piano sejak berusia enam tahun lagi.

OST Eksperimen Cinta

Mengulas mengenai lagu Mungkin Kamu yang diangkat sebagai lagu OST Eksperimen Cinta. Lagu yang turut mendapat sentuhan penggubah muzik, Ag Coco dan ia adalah lagu pertama yang diciptanya pada tahun 2013. Setelah diangkat sebagai OST Eksperimen Cinta, ia memberikan kesan besar dalam perjalanan seni Sissy.

“Eksperimen Cinta seolah-olah memberikan nafas baru kepada lagu Mungkin Kamu kerana ada yang mula meminta saya menyanyikannya dalam versi akustik. Pendek kata Eksperimen Cinta membuatkan lagu ini kian dikenali.

“Saya kenal Ag Coco ketika menyertai bengkel muzik anjuran Yuna. Bermula daripada situ saya mula bekerjasama dengannya sehinggalah lagu itu siap sepenuhnya,” kata Sissy.

Ketika diajukan soalan apakah yang menjadi inspirasi muziknya, Sissy memberitahu oleh sebab dia meminati genre muzik jazz, jadi kebanyakan artis-artis yang menjadi idolanya ialah daripada genre tersebut seperti penyanyi kelahiran Kanada Micheal Steven Buble (Micheal Buble), Sheila Majid, arwah Tan Sri P Ramlee dan ramai lagi.

“Bagaimanapun ketika itu, saya baru berusia 16 tahun dan ramai yang berpendapat, jika membawakan lagu genre jazz saya akan jadi tua. Sebab itulah saya memutuskan untuk beralih ke genre seperti mana sekarang dan dalam masa sama turut masukkan sedikit elemen jazz dalam lagu,” terang Sissy yang memilih untuk berkolaborasi dengan Anuar Zain, Yuna dan Afgan sekiranya diberikan peluang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");