Perak Hari Ini

Pemilik Premis Perlu Bantu Ceriakan Bandaraya Ipoh

IPOH: Pemilik premis perniagaan sekitar Bandaraya Ipoh disaran supaya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan bagi membantu menceriakan persekitaran bandaraya tersebut.

Menurut Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerajaan negeri sedang memberikan fokus kepada pembangunan yang sedang berjalan di negeri Perak khsusnya kawasan Bandaraya Ipoh.

Pemilik premis juga disaran memelihara premis masing-masing termasuklah daripada segi pencahayaan supaya ianya tidak terbiar dan mencacatkan pemandangan.

“Usaha kini untuk memastikan perancangan dapat dijalankan dan dilakukan dengan mengambil kira kawasan dan zon pembangunan yang mempunyai objektif dan nilainya.

“Beberapa saranan dikemukan antaranya memperbanyakkan pencahayaan (lampu) di sekitar bandaraya Ipoh khususnya melibatkan bangunan yang mempunyai nilai warisan,” katanya.

Tambahnya lagi, bangunan sekitar Bandaraya yang memiliki ciri senibina yang cantik perlu diberikan pencahayaan yang cukup dan menjadi salah satu tarikan kepada penggunjung.

“Bandaraya Ipoh mempunyai nilai tersendiri berasaskan seni binanya nilai tempatan yang boleh digunakan untuk dijadikan asas untuk membawa pelancong.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dapat berusaha bagi memastikan bandaraya Ipoh menjadi sebuah bandaraya yang terkenal dengan ciri keunikan tersendiri,” katanya sejurus selepas Mesyuarat Exco di Ipoh hari ini.

Katanya lagi, pemilik bangunan di Bandaraya Ipoh juga disaran supaya bersama-sama dengan pihak kerajaan berkerjasama mengindahkan bagunan masing-masing.

“Papan iklan yang diletakkan di sekitar premis perniagaan dengan pelbagai bentuk dan tiada satu cirri keseragaman untuk sesuatu kawasan,” katanya.

Cadangan tersebut katanya adalah untuk membentuk keseragaman bagi membentuk identiti Bandaraya Ipoh dan memperbanyakkan lagi pokok-pokok .

Tambahnya, situasi adalah mendukacitakan apabila terdapat bangunan yang dibina meletakkan bahagian penghawa dinginnya diluar premis sehingga menyebabkan kecacatan rupa bentuk premis berkenaan.

“Mungkin boleh menutupi bahagian tersebut supaya tidak dilihat oleh semua dan nampak lebih cantik,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");