Perak Hari Ini

Zambry Kecam Tindakan Pijak Gambar Pemimpin

IPOH: Insiden memijak gambar pemimpin yang berlaku sekitar perhimpunan Bersih 4 baru-baru adalah satu kebiadapan dan sikap tidak bertamadun apabila ianya dilihat seperti langsung tidak mempunyai rasa hormat kepada pemimpin.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir ianya disifatkannya adalah satu tindakan yang mengecewakan banyak pihak.

“Sepatutnya apa yang mereka perlu lakukan adalah dengan menghormati institusi kerana ini soal institusi dan perbuatan yang melampau seperti ini adalah daripada tiupan dan bisikan, didikan yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

“Apabila kita mengajar tentang budaya benci, yang ditanam dalam pemikiran anak-anak muda ini lah akibatnya,” katanya.

Tambahnya lagi, jika ada pihak yang cuba bertindak menanam sifat kebencian hasilnya pasti dapat dilihat apabila masyarakat kelak tidak dapat hidup dalam keadaan yang aman.

“Perbuatan yang boleh mencetuskan keresahan, masalah perkauman dalam negara perlu sentiasa dijaga namun ada pihak di luar sana yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau ingin melahirkan rasa tidak senang dan tidak bersetuju, kerajaan telah memberikan ruang demokrasi untuk mereka lakukan berada di jalan raya biarpun ruang yang disediakan tidak digunakan,” katanya.

Ujar Zambry lagi, tindakan tersebut adalah satu perbuatan yang sangat malang kepada negara kita dan bukan hanya melibatkan individu tetapi melibatkan institusi

“Tarikh yang dipilih pula ketika rakyat negara sepatutnya sama-sama perlu meraikan hari kemerdekaan tanpa ada batas-batas politik merentasi soal perbezaan ideologi kerana waktu ini adalah untuk bersama-sama,” katanya.

“Mereka begitu berani, angkuh dan sombong melakukan perbuatan itu yang cukup biadap sekali bukan hanya kepada pemimpin,” katanya.

Tambahnya lagi, apabila satu kaum bertindak menghina satu kaum yang lain, kaum tersebut akan merasakan ianya satu penghinaan.

“Ini bukan kerana namanya Datuk Seri Najib, Hadi yang dilakukan oleh orang lain dan diterjemahkan daripada pandangan kaum ianya adalah sangat bahaya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");