Jenayah

Penari dituduh berkelakuan menghina

Kuala Lumpur: Seorang penari, Bilqis Hijjas, 36, yang dilaporkan menjatuhkan belon pada satu acara sempena Hari Kebangsaan yang dihadiri Perdana Menteri di pusat beli belah di sini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan berkelakuan menghina bertujuan membangkitkan kemarahan.

Bilqis membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azura Murah.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan perbuatan menghina bertujuan membangkitkan kemarahan di mana keamanan mungkin terganggu di aras 5, pusat beli-belah itu, pada 3.15 petang, 31 Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 yang boleh didenda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");