Sukan Hari Ini

Razman terkilan gagal bantu Pahang

Kuantan: Kapten Pahang Mohd Razman Roslan (gambar) terkilan kerana tidak dapat beraksi dalam tiga perlawanan Piala Malaysia susulan kecederaan belakang.

Pemain pertahanan itu berkata, dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dialami ketika beraksi bersama skuad negara sewaktu menentang Arab Saudi pada aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

“Apa yang pasti saya tidak dapat bermain menentang Pulau Pinang, Sabtu ini.

“Seboleh-bolehnya saya mahu segera kembali bagi memantapkan pasukan walaupun ketika ini kami sudah mengutip enam mata daripada dua perlawanan,” katanya.

Tanpa khidmat Razman, Pahang menang 4-3 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menewaskan PKNS FC 2-0 untuk meletakkan skuad itu di tangga teratas Kumpulan D dengan enam mata.

Ditanya peluang menentang Pulau Pinang, Razman berkata, dia percaya momentum kemenangan itu akan berterusan.

“Tapi Pulau Pinang pasti cuba bangkit selepas mereka tewas kepada PKNS. Justeru saya harap rakan sepasukan akan lebih berhati-hati.

“Kemenangan kami ke atas Pulau Pinang pada saingan Piala FA lalu juga tidak harus dijadikan ukuran kerana kempen Piala Malaysia pasti berbeza,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");